Djari Artz hanya menyedarinya apa bila membuat survey kawasan 3 minggu sebelum majlis berlangsung... Sekaligus adalah cabaran bagi kami kerana sesuatu majlis yang berdekatan serta pada masa yang hampir sama pasti akan dibuat perbandingan secara langsung atau tidak langsung..Djari Artz mencuba sedaya upaya dalam mengekalkan kualiti servis serta mutu makanaan supaya tidak timbul soal atau `cakap-cakap' tentang kelainan di antara satu tuan rumah dengan satu tuan rumah yang lain.
Alhamdulillah, pada 25hb Mei dan 31 Mei yang lalu, semuanya berjalan dengan lancar dan baik..Dengan suasana majlis yang berlangsung di laman rumah yang terjaga, para hadirin dapat menikmati juadah yang disediakan seperti dalam taman. Kami dapati tuan rumah juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti yang juga turut hadir memeriahkan majlis..
Kami di sini merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina serta suami dan keluarga (25hb Mei) serta Puan Ros dan suami serta keluarga (31hb Mei) atas kepercayaan mereka memberi peluang pada Djari Artz dalam mengendalikan majlis mereka.
Mencari perancang hari perkahwinan anda?
Hubungi kami...
ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532