Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Friday, June 27, 2008

| |

DJARIARTZ AT KARYANEKA@Jalan Conlay, Kuala Lumpur

DJARIARTZ akan berada di Pusat Kraftangan Malaysia, di Jalan Conlay, Kuala Lumpur bagi menyertai Minggu promosi Kraftangan dan Kerja Kahwin di sana... Di booth no 18..

PROMOSI SEMPENA MINGGU KRAFTANGAN & KERJA KAHWIN

Tawaran istimewa bagi tempahan Pakej Wedding Planner dan Katering yang dilakukan semasa Minggu promosi ini,, Utk tempahan yang disahkan dengan minima booking RM500.00, kami akan beri hadiah istimewa (dengan nilai lebih dari RM 350.00) iaitu pilihan di antara:

1. Set Cadar Lengkap dengan Conferter (utk pakej wedding planner sahaja) atau;

2. Dekorasi bagi Kereta Pengantin (kereta saloon sahaja) dengan 2 kereta pengiring (utk pakej wedding planner dan katering)

Hanya semasa minngu promosi sahaja.. sempena menyahut kemeriahan Minggu Kraf dan Kerja Kahwin Ini..

www.tips-fb.com

Tuesday, June 24, 2008

| |

ALBUM BLOG-djariartz@Labuan

Labuan..? Kami memang sangat teringin utk ke sana suatu hari.. bercuti dan membeli belah namun masih belum berkesempatan. Justeru itu, tawaran bagi kerja-kerja gubahan bagi pertunangan Liza dan Tony hampir-hampir menyebabkan kami ke Labuan namun atas beberapa faktor, semua barangan gubahan yang dipesan dihantar melalui pos yang belanjanya.. lepas tambang 2 orang pergi balik kalau menggunakan perkhidmatan tambang murah Air Asia....wah..terlebih sudah!!!

(kilk gambar bagi tujuan pembesaran)


Liza merupakan salah seorang pelanggan; yang kami sangkakan bergurau dalam menempah barang-barang pertunagan beliau.. Ini adalah kerana beliau sangat segera dan tidak terlalu memilih dalam membuat sesuatu keputusan walaupun nilai beliannya agak besar. Namun djariartz telah sedaya upaya memenuhi impian beliau untuk mendapatkan sangkar-sangkar jenis english serta gubahan bunga dulang dip serta beberapa aksesori-aksesori gubahan lain.. Pada awalnya hantaran yang dirancang hanyalah 7 tetapi di akhir waktu.. ianya jadi banyak dan cover dengan bunga dulang dari jenis bunga tiruan sahaja..


Alhamdulillah.. pada 7hb Jun lalu, berlangsungnya majlis pertunangan beliau dengan jejaka pilihan hatinya Tony dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Dalam emailnya kepada kami... Liza amat berharap agar Djariartz dapat bersamanya dalam mengurus dan mengendalikan majlis perkahwinan mereka kelak..

What should we say...?Emmmm.. of course, we do....!!!!!

Berminat dalam mendapatkan perancang majlis pertunangan anda..
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

KOLEKSI HANTARAN-Bekas Kayu Berkerawang

Bekas kayu berkerawang ini adalah salah satu produk terbaru kami. Bekas kayu ini digunakan sebagai bekas bagi barang-barang hantaran yang bersaiz kecil dan medium seperti alat wangian, jam tangan, dompet, baju dan sebagainya.

(klik gambar di bawah bagi pembesaran)




Digabungkan dengan gubahan bunga ros segar, barang hantaran akan kelihatan ekslusif dan menarik. Kotak ini didatangkan dalam warna putih sahaja, jadi ia amat sesuai untuk digabungkan dengana apa jua tema warna yang dikehendaki.

Ingin Menyewa Kotak Kerawang Ini?
Hubungi ChaM@CiDa
016 905 8532 / 016 232 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Monday, June 23, 2008

| |

KOLEKSI HANTARAN-Ungu

Antara warna-warna tema yang sering menjadi kegemaran bagi para pengantin dewasa in adalah ungu.. Boleh di katakan di antara 5warna kegemaran (berdasarkan pengalaman Djariartz) iaitu warna hijau epal, lilac, gold, silver dan ungu..

Namun sesuatu gubahan menggunakan warna ungu boleh bertukar menjadi sedikit `moody' atau malap sekiranya kombinasi warna yang dilakukan tidak tepat. Dicadangkan supaya penggunaan warna ungu disertai dengan penggunaan sedikit warna-warna kontras bagi menaikkan `mood' sesuatu gubahan tersebut..

Berminat utk ungu bagi tema hantaran anda?

Hubungi Cham@CiDa

016 232 8532 / 016 905 8532

Email: djariartz@yahoo.com

www.tips-fb.com

Wednesday, June 18, 2008

| |

ALBUM BLOG- JALAN MELATI 5

Melihat tajuk entri yang agak ganjil ini mesti membuat anda tertanya-tanya.. Sebenarnya ia berlaku secara kebetulan. Pihak kami tidak menyedari bahawa kami mempunyai 2 tempahan pada satu kawasan (di Jalan Melati 5) dalam masa seminggu.. di mana selang 3-4 buah rumah selepas rumah yang sebelumnya.


Djari Artz hanya menyedarinya apa bila membuat survey kawasan 3 minggu sebelum majlis berlangsung... Sekaligus adalah cabaran bagi kami kerana sesuatu majlis yang berdekatan serta pada masa yang hampir sama pasti akan dibuat perbandingan secara langsung atau tidak langsung..Djari Artz mencuba sedaya upaya dalam mengekalkan kualiti servis serta mutu makanaan supaya tidak timbul soal atau `cakap-cakap' tentang kelainan di antara satu tuan rumah dengan satu tuan rumah yang lain.



Alhamdulillah, pada 25hb Mei dan 31 Mei yang lalu, semuanya berjalan dengan lancar dan baik..Dengan suasana majlis yang berlangsung di laman rumah yang terjaga, para hadirin dapat menikmati juadah yang disediakan seperti dalam taman. Kami dapati tuan rumah juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti yang juga turut hadir memeriahkan majlis..

Kami di sini merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina serta suami dan keluarga (25hb Mei) serta Puan Ros dan suami serta keluarga (31hb Mei) atas kepercayaan mereka memberi peluang pada Djari Artz dalam mengendalikan majlis mereka.

Mencari perancang hari perkahwinan anda?
Hubungi kami...
ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532


www.tips-fb.com

Friday, June 13, 2008

| |

ENTRI AKAN DATANG.. Minggu hadapan

Kami di DjariArtz amat berterima kasih pada pengunjung-pengunjung blog serta fotopages kami. Untuk itu, pada minggu hadapan kami akan menyiarkan beberapa liputan majlis perkahwinan-Wedding Stories @Jalan Melati 5..., item-item terbaru, idea serta gubahan dekorasi serta hantaran dan lain-lain lagi.

(petikan gambar bagi entri minggu hadapan....)

Kami menerima banyak feedback-feedback yang baik dari para pengunjung tentang cara pengendalian blog dan laman fotopages kami.. Semua komen-komen serta teguran yang membina itu kami anggap sebagai satu cara kami bagi mempertingkatkan lagi kualiti kerja serta kepuasan hati para pelanggan kami.. Bagi para pelanggan kami yang tak jemu-jemu mmeberi sokongan dan galakan serta mempromosikan kami kepada kenalan-kenalan mereka, DjariArtz mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua..

Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan budi anda semua.. wssalam..

www.tips-fb.com

Thursday, June 12, 2008

| |

CuTE vs ChaRMinG-Flower Boy n Gal

Sebuah majlis perkahwinan akan terasa lebih bermakna dengan telatah lucu dan keletah kanak-kanak pembawa bunga .. pembuka jalan dan laluan bagi pasangan pengantin menuju ke pelamin khas mereka..

(klik gambar di bawah bagi tujuan pembesaran)


Djari Artz juga menyediakan pakaian serta aksesori khas buat mereka untuk kelihatan segak dan kacak serta bergaya semasa beraksi di hari perkahwinan tersebut. Boleh didapati dalam 4 jenis rekaan baju (2 lelaki dan 2 perempuan-lengkap dengan aksesori) disewakan pada kadar yang paling istimewa.

Berminat Utk Hari Perkahwinan Anda?
Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Tuesday, June 10, 2008

| |

KREATIF DAN DEKO-Hiasan Kereta Pengantin

Hiasan kereta berhias buat pasangan raja sehari. Majlis pasti akan bertambah dengan adanya satu kenderaan khas lengkap dengan hiasan bagi kegunaan pasangan raja sehari. Pelbagai rekabentuk dan hiasan yang kami tawarkan bagi hiasan kereta bergantung pada bajet dan pilihan para pelanggan.

(klik utk gambar di bawah utk pembesaran)


Kereta pengantin ini dihiasi dengan sepasang patung beruang dengan hiasan renda dan riben mengikut warna dan tema yang dikehendaki.

Berminat utk hiasan kereta pengantin?
Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

ALBUM BLOG- Majlis Pertunangan Kak Atie

Pada 25hb Mei yang lalu, Djari Artz telah diundang ke Melaka bagi menghadiri satu majlis pertunangan. Kak Atie ini merupakan kakak saudara yang rapat dengan CiDa. Malangnya tarikh tersebut telah bertembung dengan majlis perkahwinan yang kami kendalikan pada hari yang sama. Maka, di sini disertakan beberapa gambar diterima bagi majlis pertunangan tersebut.


Majlis pertunangan ini juga mendapat kejutan istimewa dan tidak dirancang dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka YBhg Dato' Seri Ali Rustam yang secara kebetulan hadir menerima undangan bagi satu majlis perkahwinan di kawasan yang berdekatan. Kehadiran beliau telah menimbulkan kegembiraan pada keluarga ini atas kesudian YBhg hadir singgah serta duduk minum petang semeja dan bermesra dengan para tetamu-tetamu yang lain. Kesederhanaan dan sikap ramah beliau untuk turut serta di dalam suatu majlis yang sederhana tanpa apa-apa protokol VIP adalah amat kami hargai dan sanjungi.



Adalah diharap majlis ini akan menjadi satu kenangan manis buat Kak Atie dan keluarga.. kami mendoakan agar pasangan kekal bersama sehingga ke akhirnya..
www.tips-fb.com

Thursday, June 5, 2008

| |

PENGUMUMAN: Semakan Harga Bagi Pakej-pakej Perkahwinan

Assalamualaikum.. pengumunan saya mengenai semakan harga pakej bagi 3 pakej di bawah rupa-rupanya mendapat reaksi yang pelbagai-bagai dari para pelanggan kami.

1. Pakej Perkahwinan dan Pertunangan
2. Pakej Katering
3. Pakej Perancang Perkahwinan (Wedding Planner)

Hakikatnya, kami tidak menghentikan sama sekali, hanya semakan semula sahaja sementara cuba memahami dan menilai kesan kenaikan harga petrol oleh kerajaan baru-baru ini. Pakej sedia ada masih lagi boleh digunakan, namun mungkin sedikit pertambahan caj (surcaj) akan dikenakan terutamnya yang melibatkan penggunaan kenderaan sewa seeprti lori dan sebagainya.

Untuk pelanggan-pelanggan kami, kami berharap semakan harga ini tidak akan menjejaskan sokongan anda semua kepada kami. Kami akan berusaha dalam mencari jalan untuk meminimakan kos kenaikan serta meiningkatkan nilai belian anda dalam kadar yang kami mampu beri.

Terima kasih... wassalam..
www.tips-fb.com

| |

Gubahan Hantaran-Gubahan Bunga Ros Segar dengan Bekas Eksklusif Berwarna `Silver'

Satu lagi gubahan hantaran bagi Mei ini. Konsepnya ialah ros segar merah dan cream.. menggunakan bekas silver terbaru kami. Bekas ini sesuai bagi diletakkan baju, alat solek, jam, dan keperluan barangan diri. Bagi Al-Quran pula, kami mempunyai bekas khas yang diperbuat dari kayu dan sesuai biasan bagi dulang hantaran..

(klik gambar dibawah bagi pemsesaran)


Bunga ros import ini mungkin sedikit mahal harganya namun pelanggan pasti akan merasa puas hati apabila bunga yang dipilih terjaga kudupnya dan kesegarannya sedikit bertahan lama dari bunga tempatan. Walau bagaimana pun, kami akan tetap melayani dengan saksama apa jua pilihan anda..

Gubahan hari pertunangan/perkahwinan anda..
Hubungi ChaM@CiDa
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Tuesday, June 3, 2008

| |

Cenderahati Tetamu-Bekas Telur Buluh Berhias dengan Sarang Rumput Tiruan

Bekas telur dari buluh ini direka hias bagi kelihatan klasik dan menampilkan ciri-ciri tempatan. Pemilihan riben kertas `earth color' dan warna semula jadi buluh adalah ciri utama bekas ini. Dengan dihiasi dengan kulit kayu manis yang terpilih, di bahagian dalamnya juga turut disertakan rumput tiruan bagi mengelilingi telur rebus tersebut.

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Djari Artz mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami dalam menyiapkan cenderahati-cenderahati bagi tetamu dan juga bagi tetamu istimewa mereka pada majlis perkahwinan yang diadakan pada 25hb Mei yang lalu.

Berminat utk hari istimewa anda
Hubungi ChaM@CiDa
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Monday, June 2, 2008

| |

Gubahan Hantaran:- Dulang Perak Bunga Emas

Dulang perak bunga emas adalah antara produk yang mendapat sambutan baik dari mereka yang inginkan kelainan pada dulang gubahan hantaran mereka. Dulang perak ini disertakan sekali dengan jaluran bunga dan dedaun emas yang fleksibel dan boleh di lenturkan dengan mudah. Dulang jenis ini juga boleh diintergerasikan dengan bunga gulang jenis dip/setokin ataupun bunga segar mengikut kesesuaian dan konsep yang dikehendaki.

(klik gambar di bawah bagi tujuan pembesaran)


Dulang ini boleh didapati dan dilihat di galeri dan ianya adalah untuk sewaan.. So.. jangan ketinggalan..

Berminat bagi hari bahagia anda?
Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
www.tips-fb.com

Sireh Junjung 2

Berikut disertakan beberapa gubahan sireh junjung bagi sepanjang Mei ini. Diharap dapat membantu serta memberi idea ada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kelak..

(klik gambar di bawah bagi pembesaran)


DjariArtz mendapati kebanyakkan pelanggan pada masa kini amat gemar kepada bunga ros import. Harganya sedikit mahal tetapi kualitinya amat terjamin serta terjaga dengan baik. Biasanya bunga ros import mampu bertahan sedikit lama dari ros tempatan.

Untuk tempahan sireh junjung;
hubungi CiDa@ChaM
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Pelamin Bunga Segar Nusantara 2

Bagi yg biasa mengikuti fotopages kami, tentunya telah melihat pelamin utk pernikahan konsep nusantara kami yang terdahulu. Berikut, kami paparkan pelamin nusantara 2 bagi tujuan persandingan. Mengekalkan konsep yang sama, platform pelamin ini diperbesarkan sedikit bagi memuatkan 4 orang pada suatu masa.

(klik gambar dibawah bagi gambar yang lebih besar)


Dengan sentuhan kreatif elemen-elemen bali dengan sedikit percikan unsur-unsur etnik dan moden, pelamin ini mencuri perhatian ramai serta menerima banyak pertanyaan mengenai produk ini.

Berminat mendapatkan pelamin bagi hari persandingan anda;
Hubungi kami ChaM@CiDa
016 232 8532 /016 905 8532
www.tips-fb.com