Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Tuesday, July 29, 2008

| |

LIPUTAN: Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008

Sebelum itu saya mohon maaf yang amat sangat kerana lama tak buat update atau posting terbaru dalam fotopages atau blog ini. Bulan 7 dan 8 nie memang boleh dikatakan sepanjang minggu ada saja tempahan bagi majlis perkahwinan yang kami terima. Di samping itu, 2 dari krew kami telah melanjutkan pelajaran ke IPTS.. dan kami mengucapkan ribuan tahniah serta ucapan selamat berjaya buat saudari Iqa dan juga Ain..

Ok.. seperti yang saya janjikan..bersama ini saya sertakan liputan saya mengenai minggu kerja kahwin dan kraf yang berlangsung di Karyaneka tempoh hari.. Piahk kami telah ditawarkan booth yang agak hampir dengan pintu masuk utama.. Di bawah ini adalah gambaran booth pameran di mana DjariArtz ditempatkan..



Sebenarnya kami tak bersedia sgt dari segi material pameran serta alat-alatan kraf kerana sangat sibuk sepanjang Jun-Julai serta kesihatan saya yang kurang mengizinkan utk saya merancang sesuatu.. Namun pada hari pertama, pihak KARYANEKA telah mengingatkan kami bahawa booth kami adalah laluan utama bagi Datin Seri yang akan merasmikan pelancaran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini. Oleh yang sedemikian, kami terpaksa berusaha dalam mewujudkan material persembahan dan pameran bagi hari perasmian tersebut. Hasilnya.. jeli buahan buatan kami mendapat sambutan yang sangat baik dari pengunjung sehinggakan Datin seri sendiri ingin mencuba utk merasakan keenakan rasanya...



Penyertaan sulung DjariArtz pada pameran ini banyak memberi pengalaman baru kepada kami di samping mengenalkan kami dengan `player-player' yang sudah ada nama dan terdahulu dalam industri ini sebelum kami. Ada di antara mereka yang tak lokek dalam berkongsi rahsia perniagaan, tips serta panduan dan nasihat dalam menjalankan perniagaan perkahwinan ini. Selain dari itu, DjariArtz dapat didedahkan dengan rekaan terkini, fesyen dan produk-produk yang terbaru dan trend serta gaya semasa. Di bawah ini kami sertakan beberapa produk-produk dari para peserta Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini.





Di samping itu, terdapat koleksi bunga-bunga dip hasil dari mereka yang telah lama berkecimpung dalam seni gubahan bunga dip dan setokin ini.. Rekaan bunga yang halus dan teliti buatan kerja tangannya menyerlahkan bahawa beliau adalah antara salah seorang pembuat bunga dip yang telah lama berkecimpung dalam arena ini.



Pihak penganjur juga harus diberikan kredit dalam penganjuran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf ini. Ini adalah kerana ia bertembung dengan pameran perkahwinan yang berlangsung di Mid Valley pada 4th hingga 7th Julai 2008. Pelbagai acara diadakan bagi menarik minat pengunjung serta menggamatkan lagi pusat pameran. Djariartz juga cuba mencuba nasib mencuri-curi masa lapang yang ada dalam gubahan kipas pengantn dan gubahan bunga tangan. Tuah menyebelahi kami apabila gubahan bunga tangan berjaya menag tempat pertama walaupun dalam keadaan material yang tidak mencukupi...



Kesimpulannya, Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008 ini boleh dikatakan berjaya menerusi bilangan kunjungan yang kami jangkakan setiap hari purata dalam 400-500 pada hari biasa dan menjangkau 3000-5000 orang pada hari cuti. Memperlihatkan trend minat orang ramai utk datang pada hari kerja ialah pada selepas waktu kerja, kami berharap agar pihak Karyaneka dapat memikirkan sesuatu di masa hadapan utk melanjutkan waktu sehingga jam 9.00 malam. Di samping sokongan kuat dari pihak KEKWA, dijangkakan Minggu kerja Kahwin dan Kraf di masa hadapan akan lebih berjaya lagi menarik pengujung luar dan dalam negeri.

Selain itu, di masa hadapan DjariArtz berazam utk beroleh 3 booth pada masa hadapan utk pameran katering, gubahan serta dekorasi.. supaya boleh dilihat seiring dengan mereka yang telah lama bergiat dalam indistri ini. Tak lupa ucapan terima kasih kami kepada senior2 industri ini seperti Kak Irma dari Bayu Wedding, Kak Ida dari Galeri Debunga, Butik Quaresma, Untie Kerry, Kak Nad PCM dan ramai lagi kerana sudi berkongsi pengalaman mengenai industri ini dengan kami.

Perlukan Perancang Perkahwinan?
Sila hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Wednesday, July 16, 2008

| |

Gubahan Hantaran-Tema Black and Silver

Saya melihat trend warna berani sejak akhir-akhir ini selalu dipilih oleh pasangan-pasangan pengantin khususnya mereka yang berusia muda awal 20an dalam melangsungkan perkahwinan mereka. Generasi-generasi ini mungkin banyak dipengaruhi dengan trend semasa seperti era-era blacked, gothic, metal dan cuba mengaplikasikannya dalam warna hantaran mereka.



Warna hitam/silver adalah pilihan yang saya katogerikan berani.. Saya masih ingat lagi sangat kepantangan bagi orang-orang tua jika kita memilih warna-warna suram apatah lagi kitam bagi tema perkahwinan kita, terutamanya hantaran..

...apo kalo itam-itam nie.. macham warno orhang mati ajo... buek elok2 la sikit ha...



..namun bak kata iklan Berita Harian.. Dunia dah maju ..zaman dah berubah...

Perlukan penggubah hantaran?
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com


www.tips-fb.com

| |

Dekorasi:- AKSESORI HANTARAN

Berikut adalah beberapa item-item terbaru berkenaan dengan aksesori barang-barang bagi tujuan dekorasi hantaran bagi pertunangan dan perkahwinan. Dari bekas jenis gold dengan bunga emas kepada bekas cincin perak serta tempat letak cek dengan bunga emas yang mudah lentur liuk akan menyerikan lagi dekorasi hantaran anda..





Semua ini anda boleh dapati dan sewa dari kami. Untuk melihat secara langsung sila datang ke galeri kami pada bila-bila masa sahaja.

Berminat utk sewaan?
Hubungi kami:- ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Friday, July 4, 2008

| |

ENTRI AKAN DATANG

Sudah seminggu saya tidak berkesempatan mengemas kini laman blog serta fotopages kami.. Seperti anda semua maklum.. kami menyertai Minggu Kraft dan Kerja Kahwin Anjuran KEKWA di Karyaneka.. Fuhh.. penat tetapi seronok.. Ternyata penganjur benar-benar mengatur perjalanan majlis dengan pengisian-pengisian yang baik serta terancang.. Ada saja aturcara yang diadakan membuatkan para pengunjung berasa dalam mood yang baik dan merasai kemeriahannya.. (pssttt.. kak cida jadi juara gubahan bunga tangan taw... tunggu entri nanti...jgn bagi tau dia heheheh)

Ogos akan datang ini bulan yang sangat sibuk buat kami.. Saya sendiri terpaksa menyemak kembali barang-barang bagi hantaran takut-takut bertembung dan tidak mencukupi.. Ada beberapa tempahan majlis sekitar 16hn-18hb terpaksa kami tolak sama sekali kerana kami mengendalikan majlis perkahwinan di Negeri Sembilan..Semua krew akan turun kat sana..

Ok.. saya berjanji minggu depan pasti akan ada entri terbaru.. cerita serta cora coret Minggu Kraft dan Kerja Kahwin, penyerahan Sekolah Bistari Presint 11, Item-item terkini di galeri, hantaran dan gybahan serta banyak lagi.. Semuanya khas buat anda yang sentiasa menyokong kami untuk terus `berkarya' dalam hasil kerja kami..



Buat anda semua, datang lah sertai lah kemeriahan Minggu Kraf dan kerja Kahwin ini... aiakan berakhir pada 7hb ini dan banyak manfaat yang boleh anda dapati di sana..

Jumpa lagi.. wasallam..

ChaM@CiDa
www.tips-fb.com