Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Tuesday, August 26, 2008

| |

GALERI: Aksesori Hantaran dan Bunga Tangan Dip/Kristal

Tambahan pada entri yang terdahulu. Beberapa bekas silver serta holder yang sesuai bagi kegunaan pada dulang hantaran perkahwinan/pertunangan. Sekaligus menyerlahkan lagi barang-barang hantaran anda.



..dan juga bunga tangan dip dan kristal untuk sewaan..



Mencari penggubah hantaran?
Hubungi ChaM@CiDa
016 2328532/016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Friday, August 1, 2008

| |

KATERING: Jamuan Makan Sempena Penyerahan Kompleks Sekolah-Fasa 2, Presint 11

Seharusnya entri ini dirancang sebelum menyertai Minggu Kerja Kahwin lagi.. Namun kerana kesibukkan, baru hari ini sahaja saya dapat memasukkan entri ini. Kami telah menerima pelawaan dari pihak pemaju hartanah Loh & Loh untuk mengadakan majlis jamuan sempena penyerahan sekolah bistari Presint 11-Fasa 2 seperti yang dinyatakan pada keratan akhbar di bawah..



Kompleks sekolah ini memang tersergam indah, kelihatan moden dengan kemudahan-kemudahan terkini yang canggih. Bayangkan sahaja, sekolah kini punya lif bagi kegunaan para pelajar dan guru-guru. Selain itu, sekolah ini dianggap lengkap dengan prasarana kemudahan terkini sesuai dengan statusnya sebagai sekolah bistari... Diharap bakal-bakal pelajar dapat manfaat daripada kemodenan kemudahan yang disediakan ini dan diharap tidak akan wujud kes potong pagar, lompat pagar dan sebagainya..

..masa saya sekolah dulu takdepun kemudahan-kemudahan canggih seperti ini..



Seperti biasa jamuan-jamuan seperti ini juga melibatkan dekorasi di mana tempat penyerahan berlangsung.. Dekorasi mudah dan simple dengan sentuhan bunga segar jenis daisy serta `bird of paradise' jadi pilihan kami bagi menyerikan dewan di mana majlis akan berlangsung.



Jamuan makan kali ini memilih tema makanan lauk kampung bagi makan tengahari dengan penyediaan sudut teh bagi para hadirin sekalian.. Menu-menunya adalah seperti berikut:-
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah Utara
Sambal Udang dengan Petai
Masak Lemak Daging dengan Rebung Manis
Kerabu Sayur Kacang dengan Kerang
Ulaman dan Sambal Belacan
Ikan Kering Gelama
Kordial Air Sirap Punch dan buahan segar


serta puding mangga sebagai mencuci mulut. Mulanya agak khuatir kerana menu yang kami cadangkan ini kurang menepati citarasa hadirin, kerana lebih dari 1/4 yang hadir terdiri dari bangsa Cina. Sambal udang petai; saya yakin mereka boleh menerimanya. Saya agak bimbang jika mereka tak terima masakan rebung atau kerabu yang mungkin asing buat mereka.

Namun alhamdulillah, pada hari itu krew katering kami balik berlenggang dengan bekas kosong.. termasuk dengan bekas ulam dan sambal belacan..

....sebagai seorang perancang majlis.. tentu sahaja ianya sesuatu yang menggembirakan..

p/s: maaf sebab tak banyak foto gambar jamuan.. fotografer pun asyik sibuk nak makan sekali.. hahahahaha...

Perlukan Perancang Majlis Jamuan Pejabat?
Hubungi Cham@Cida
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com

www.tips-fb.com