Kompleks sekolah ini memang tersergam indah, kelihatan moden dengan kemudahan-kemudahan terkini yang canggih. Bayangkan sahaja, sekolah kini punya lif bagi kegunaan para pelajar dan guru-guru. Selain itu, sekolah ini dianggap lengkap dengan prasarana kemudahan terkini sesuai dengan statusnya sebagai sekolah bistari... Diharap bakal-bakal pelajar dapat manfaat daripada kemodenan kemudahan yang disediakan ini dan diharap tidak akan wujud kes potong pagar, lompat pagar dan sebagainya..
..masa saya sekolah dulu takdepun kemudahan-kemudahan canggih seperti ini..
Seperti biasa jamuan-jamuan seperti ini juga melibatkan dekorasi di mana tempat penyerahan berlangsung.. Dekorasi mudah dan simple dengan sentuhan bunga segar jenis daisy serta `bird of paradise' jadi pilihan kami bagi menyerikan dewan di mana majlis akan berlangsung.
Jamuan makan kali ini memilih tema makanan lauk kampung bagi makan tengahari dengan penyediaan sudut teh bagi para hadirin sekalian.. Menu-menunya adalah seperti berikut:-
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah Utara
Sambal Udang dengan Petai
Masak Lemak Daging dengan Rebung Manis
Kerabu Sayur Kacang dengan Kerang
Ulaman dan Sambal Belacan
Ikan Kering Gelama
Kordial Air Sirap Punch dan buahan segar
serta puding mangga sebagai mencuci mulut. Mulanya agak khuatir kerana menu yang kami cadangkan ini kurang menepati citarasa hadirin, kerana lebih dari 1/4 yang hadir terdiri dari bangsa Cina. Sambal udang petai; saya yakin mereka boleh menerimanya. Saya agak bimbang jika mereka tak terima masakan rebung atau kerabu yang mungkin asing buat mereka.
Namun alhamdulillah, pada hari itu krew katering kami balik berlenggang dengan bekas kosong.. termasuk dengan bekas ulam dan sambal belacan..
....sebagai seorang perancang majlis.. tentu sahaja ianya sesuatu yang menggembirakan..
p/s: maaf sebab tak banyak foto gambar jamuan.. fotografer pun asyik sibuk nak makan sekali.. hahahahaha...
Perlukan Perancang Majlis Jamuan Pejabat?
Hubungi Cham@Cida
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com