Labuan..? Kami memang sangat teringin utk ke sana suatu hari.. bercuti dan membeli belah namun masih belum berkesempatan. Justeru itu, tawaran bagi kerja-kerja gubahan bagi pertunangan Liza dan Tony hampir-hampir menyebabkan kami ke Labuan namun atas beberapa faktor, semua barangan gubahan yang dipesan dihantar melalui pos yang belanjanya.. lepas tambang 2 orang pergi balik kalau menggunakan perkhidmatan tambang murah Air Asia....wah..terlebih sudah!!!
(kilk gambar bagi tujuan pembesaran)Liza merupakan salah seorang pelanggan; yang kami sangkakan bergurau dalam menempah barang-barang pertunagan beliau.. Ini adalah kerana beliau sangat segera dan tidak terlalu memilih dalam membuat sesuatu keputusan walaupun nilai beliannya agak besar. Namun djariartz telah sedaya upaya memenuhi impian beliau untuk mendapatkan sangkar-sangkar jenis english serta gubahan bunga dulang dip serta beberapa aksesori-aksesori gubahan lain.. Pada awalnya hantaran yang dirancang hanyalah 7 tetapi di akhir waktu.. ianya jadi banyak dan cover dengan bunga dulang dari jenis bunga tiruan sahaja..
Alhamdulillah.. pada 7hb Jun lalu, berlangsungnya majlis pertunangan beliau dengan jejaka pilihan hatinya Tony dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Dalam emailnya kepada kami... Liza amat berharap agar Djariartz dapat bersamanya dalam mengurus dan mengendalikan majlis perkahwinan mereka kelak..
What should we say...?Emmmm.. of course, we do....!!!!!
Berminat dalam mendapatkan perancang majlis pertunangan anda..
Hubungi Cham@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com