Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Sunday, May 4, 2008

| |

Shaliza and Fakhrul- An Idea and Planning...

Seperti yang dijanjikan dahulu, kami bawakan pada anda proses perancangan perkahwinan yang kami lakukan bagi majlis perkahwinan ini...ianya bermula sejak dari Nov 2007 hingga ke Feb 2008, semua aspek-aspek diteliti melibatkan pembentangan, lakaran, kertas kerja dan sebagainya...

(klik bagi gambar yang lebih besar)

(beberapa gambar tanpa watermark adalah bagi pemahaman gambaran visual utk pelanggan)

Hantaran Sara (Shaliza) direka oleh DjariArtz ..mengikut cetusan idea yang mahukan sesuatu yang simple dan sederhana, fresh dan punya ciri estetik alam semulajadi serta mempunyai sedikit sentuhan elemen english..

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Dekorasi bagi pelamin, bilik dan ruang-ruang direka khas bagi memenuhi impian Shaliza agar kelihatan simple, sederhana dan natural. Memilih rona-rona warna yang pastel, lilac dan white cream.. beliau juga ingin agar unsur-unsur semulajadi kelihatan pada ruangan yang ada.. Sebagai seorang akitek, pencahayaan tentulah sesuatu yang penting baginya.. Oleh itu latar belakang ruangan penting diserikan dengan fairy light, hiasan lilin, lampu bulat kertas di laman dan sebagainya..

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Majlis yang berlangsung pada 8hb Mac 2008 lalu menjawab segala resah, cemas, debaran kami terhadap perancangan perkahwinan ini. Tanpa diduga ianya serentak pula dengan demam pilihanraya umum ke 12, kegusaran kami tidak menjadi kenyataan apabila satu demi satu acara yang dirancang tepat pada masa dan tetamu yang hadir tetap ramai..

klik bagi gambar yang lebih besar)

(foto kredit: Shaliza Mokhtar Mac 2008)

Majlis yang berlangsung dalam 2 sesi (petang dan malam) ini dirasakanseperti sebentar sahaja dengan diacarakan oleh Emcee berpengalaman.. Abg Ghani yang terkenal dengan kebijaksanaanya memancing mood para hadiran dengan pemilihan lagu, puisi, jenaka dan muzik yang baik..

Untuk semua krew yang terlibat dalam majlis ini.. kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama anda semua..


Berminat untuk perkhidmatan perancang perkahwinan anda..?
Hubungi kami ChaM@CiDa
016 905 8532
016 232 8532
www.tips-fb.com