Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Tuesday, May 20, 2008

| |

Sehari Bersama Krew di A Famosa Resort

Menyedari jadual bagi bulan Mei ini terlalu ketat dan padat, maka Djariartz telah berusaha mendapatkan satu hari kelepasan dan bercuti bersama-sama krew yang terlibat bagi menaikkan semangat serta sebagai tanda terima kasih atas tungkus lumus mereka selama ini. Selain dari itu, percutian ini juga membuat terapi melalui pergerakkan dalam air di dalam kolam renang yang terdapat di situ untuk Encik ChaM yang masih berhadapan dengan sakit sendi beliau. Atas sebab yang sedemikian, pada 13hb Mei lalu, Djariartz telah memilih ke Afamosa Resort bagi tujuan tersebut



Banglo ini kepunyaan Auntie Anie yang bermurah hati untuk membenarkan kami menginap di sini dan menyediakan kemudahan bagi Encik ChaM menjalani terapi beliau. Banglo 2 tingkat in juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan terkini dan moden seperti set karoakae, meja pool, aktiviti berbasikal, jakuzi, kolam renang, bilik mesyuarat dan ia terbuka untuk disewa oleh orang perseorangan yang berminat. Rumah banglo ini turut menyediakan 2 orang pembantu yang akan menjaga, membantu, mengawasi keselamatan dan keselesaan para penghuninya..

Diharap aktiviti seperti ini dapat menaikkan semula semangat para krew-krew Djariartz yang sentiasa komited dalam menjayakan majlis-majlis atau kerja tangan tempahan para pelanggan.
www.tips-fb.com