Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Thursday, May 22, 2008

| |

Gubahan Hantaran-JELLY BUAHAN

Bagi pengikut fotopages kami (http:\\djariartz.fotopages.com), jeli buahan ini mungkin tidak lagi asing kepada mereka. Jeli buahan ini direka berupa belahan tembikai, pisang, anggur, manggis, kelapa mini, cili, belimbing dan sebagainya.

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Jeli
buahan ini boleh bertahan selama 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk tetapi dari segi rupa akan mengalami perubahan pada hari ke 5 atau ke 6. Ini adalah kerana jeli ini berasaskan air dan pastinya warna akan mendap ke bawah jika suatu tempoh masa yang lama. Namun ianya masih tetap akan mencuri perhatian antara isi pada dulang-dulang hantaran pada majlis perkahwinan anda kelak..

Berminat untuk mendapatkannya utk hari perkahwinan anda..?
Hubungi kami: ChaM@CiDa
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Tuesday, May 20, 2008

| |

Sehari Bersama Krew di A Famosa Resort

Menyedari jadual bagi bulan Mei ini terlalu ketat dan padat, maka Djariartz telah berusaha mendapatkan satu hari kelepasan dan bercuti bersama-sama krew yang terlibat bagi menaikkan semangat serta sebagai tanda terima kasih atas tungkus lumus mereka selama ini. Selain dari itu, percutian ini juga membuat terapi melalui pergerakkan dalam air di dalam kolam renang yang terdapat di situ untuk Encik ChaM yang masih berhadapan dengan sakit sendi beliau. Atas sebab yang sedemikian, pada 13hb Mei lalu, Djariartz telah memilih ke Afamosa Resort bagi tujuan tersebut



Banglo ini kepunyaan Auntie Anie yang bermurah hati untuk membenarkan kami menginap di sini dan menyediakan kemudahan bagi Encik ChaM menjalani terapi beliau. Banglo 2 tingkat in juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan terkini dan moden seperti set karoakae, meja pool, aktiviti berbasikal, jakuzi, kolam renang, bilik mesyuarat dan ia terbuka untuk disewa oleh orang perseorangan yang berminat. Rumah banglo ini turut menyediakan 2 orang pembantu yang akan menjaga, membantu, mengawasi keselamatan dan keselesaan para penghuninya..

Diharap aktiviti seperti ini dapat menaikkan semula semangat para krew-krew Djariartz yang sentiasa komited dalam menjayakan majlis-majlis atau kerja tangan tempahan para pelanggan.
www.tips-fb.com

Sunday, May 18, 2008

| |

Majlis Makan Malam KRISPUTRA Di Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya

Pada 16hb Mei yang lalu.. berlangsung satu majlis makan malam serta pelawanan persahabatan bolsepak di antara ahli KRISPUTRA (anak-anak kakitangan PERBADANAN PUTARJAYA) dengan Rumah Bakti Anak Yatim Limpahan Bakti. Djari Artz telah diberikan kepercayaan untuk menyediakan majlis makan malam dan `supper' bagi semua jemputan, urusetia serta para pemain bolasepak yang hadir pada malam tersebut. Perlawanan persahabatan itu juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Shamsuddin b Osman serta Ketua-ketua Pengarah Jabatan Perbadanan Putrajaya.

Menu majlis tersebut atas permintaan khas telah disusun khas begi berkonsepkan rasa kampung dengan sedikit citarasa cotinental.
- Nasi goreng ayam pedas- (makanan awal bagi pemain bola sepak)
- Ayam goreng berempah utara

- Fillet ikan goreng tempura dengan sos cili thai

- Gulai daging kawah
- Sayur campur tempe/ikan bilis/tauhu/kacang panjang

- Ulaman dan sambal belacan



Menu istimewa untuk jemputan khas:
- Masak Asam Pedai Ikan Parang Istimewa
- Sotong goreng tepung

Majlis berjalan lancar walaupun beralku sedikit kelewatan dari jadual asal. Majlis makan malam tersebut dihidangkan bersama-sama perlawanan bolasepak yang akhirnya kemenangan berpihak kepada Krisputra dengan jaringan besar 8-1. Walau bagaimana pun, pujian harus diberikan kepada para pemain dari Rumah Limpahan Bakti yang turut menunjukkan permainan yang baik dan menghiburkan.

Majlis berakhir pada jam 11.30pm setelah penyanmpaian hadiah serta hadirin dijamkan dengan jamuan ringan roti jala serta kueh-kueh traditional. Diharap majlis seperti ini akan dapat diadakan lagi bagi menjalin silaturahim antara komuniti setempat dengan anak-anak yatim in;i sekaligus dapat mengikis rasa kekurangan dan memberi semangat untuk mereka untuk lebih berusaha. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Sateerah dari PJC yang gigih dan berusaha keras mengatur perjalanan katering ini.

Berminat dengan perkhidmatan katering kami?
Hubungi Sham@CiDa
016 232 8532/016 905 8532
www.tips-fb.com

Sunday, May 4, 2008

| |

Shaliza and Fakhrul- An Idea and Planning...

Seperti yang dijanjikan dahulu, kami bawakan pada anda proses perancangan perkahwinan yang kami lakukan bagi majlis perkahwinan ini...ianya bermula sejak dari Nov 2007 hingga ke Feb 2008, semua aspek-aspek diteliti melibatkan pembentangan, lakaran, kertas kerja dan sebagainya...

(klik bagi gambar yang lebih besar)

(beberapa gambar tanpa watermark adalah bagi pemahaman gambaran visual utk pelanggan)

Hantaran Sara (Shaliza) direka oleh DjariArtz ..mengikut cetusan idea yang mahukan sesuatu yang simple dan sederhana, fresh dan punya ciri estetik alam semulajadi serta mempunyai sedikit sentuhan elemen english..

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Dekorasi bagi pelamin, bilik dan ruang-ruang direka khas bagi memenuhi impian Shaliza agar kelihatan simple, sederhana dan natural. Memilih rona-rona warna yang pastel, lilac dan white cream.. beliau juga ingin agar unsur-unsur semulajadi kelihatan pada ruangan yang ada.. Sebagai seorang akitek, pencahayaan tentulah sesuatu yang penting baginya.. Oleh itu latar belakang ruangan penting diserikan dengan fairy light, hiasan lilin, lampu bulat kertas di laman dan sebagainya..

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Majlis yang berlangsung pada 8hb Mac 2008 lalu menjawab segala resah, cemas, debaran kami terhadap perancangan perkahwinan ini. Tanpa diduga ianya serentak pula dengan demam pilihanraya umum ke 12, kegusaran kami tidak menjadi kenyataan apabila satu demi satu acara yang dirancang tepat pada masa dan tetamu yang hadir tetap ramai..

klik bagi gambar yang lebih besar)

(foto kredit: Shaliza Mokhtar Mac 2008)

Majlis yang berlangsung dalam 2 sesi (petang dan malam) ini dirasakanseperti sebentar sahaja dengan diacarakan oleh Emcee berpengalaman.. Abg Ghani yang terkenal dengan kebijaksanaanya memancing mood para hadiran dengan pemilihan lagu, puisi, jenaka dan muzik yang baik..

Untuk semua krew yang terlibat dalam majlis ini.. kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama anda semua..


Berminat untuk perkhidmatan perancang perkahwinan anda..?
Hubungi kami ChaM@CiDa
016 905 8532
016 232 8532
www.tips-fb.com

Saturday, May 3, 2008

| |

Test Food Untuk Pelanggan..

Musim perkahwinan datang lagi.. Sambutan bagi pakej-pakej katering yang kami tawarkan menerima sambutan yang menggalakkan.. Sehubungan dengan itu Djari Artz menawarkan perkhidmatan test food (makanan percubaan) bagi pelanggan-pelanggan yang berminat bagi pakej katering kami. Penghantaran percuma bagi pelanggan yang berada di kawasan Kajang, Cheras, Putrajaya dan Seri Kembangan serta Semenyih..

Pakej katering kami bukan sahaja meliputi majlis perkahwinan bahkan jua majlis makan tengahari, sarapan, jamuan teh, majlis-majlis koperat, jabatan kerajaan atau swasta, majlis harijadi, kenduri doa kesyukuran dan lain-lain lagi..(untuk 100 pax ke atas..)..samada secara berhidang, buffet ataupun makanan sahaja..

Cubalah katering kami..anda pasti berpuas hati..
(akan datang.. menu makanan bagi apa jua majlis..)
www.tips-fb.com

Bekas Cincin Eksklusif

Di antara keperluan pada dulang-dulang hantaran, pasti salah satunya cincin pertunangan, perkahwinan ataupun barang-barangan perhiasan dari emas.. Bagi memperlihatkan lagi barangan tersebut, kami menyediakan bekas cincin ekslusif serta gabungan dulang perak berbunga emas untuk sewaan.. khas bagi pasangan raja sehari yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka..

(klik di bawah untuk gambar lebih besar)

Berminat utk hari bersejarah anda..?
Hubungi Cham@CiDa
016 905 8532
016 232 8532
www.tips-fb.com

Friday, May 2, 2008

| |

Maaf...

Agak lama juga tiada post baru di blog ini.. Maaf, saya sedang mengalami masalah kesihatan.. tak boleh bergerak seperti biasa..CiDa pula sibuk dengan kerja-kerja gubahan serta pemasaran beliau..Bulan Mei ini alhamdulillah.. sgt banyak tempahan yang kami terima..yang melibatkan gubahan, hiasan ruang, pertunangan, sewaan peralatan, katering dan perancang perkahwinan.. 25hb Mei dan 31hb Mei 2008 akan datang adalah minggu yang paling sibuk buat kami.. Nampaknya bulan nie pada hujung minggu saya kena makan roti saja sebab CiDa sibuk dengan kerja beliau.. hehehehe..

B
uat pelanggan-pelanggan kami yang sangat menyokong serta mempromosi hasil kerja kami pada rakan-rakan mereka.. saya ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga..Insyallah.. kami akan sentiasa memastikan hasil kerja kami akan menepati citarasa dan peruntukkan pelanggan-pelanggan kami...

(akan datang... aktiviti serta hasil kerja gubahan kami sepanjang April dan Mei ini..)
www.tips-fb.com