,
Kami di Djari Artz ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI pada semua pelanggan-pelanggan kami khasnya, juga buat rakan-rakan yang sering mengikuti perkembangan kami dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami.. Kami berharap agar Aidilfitri tahun ini adalah sesuatu yang paling bermakna buat anda sekalian.Berhati-hati memandu pulang ke desa dan berayalah secara sederhana tetapi meriah. Bermohon maaf serta jenguklah saudara mara yang kita jarang temui dan beramah mesralah pada hari tersebut..Jangan dilupa juga pada yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan..Tidak dinafikan sedikit sebanyak kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga petrol yang lalu sedikit sebanyak telah menjejaskan kuasa beli kita. Namun Aidilfitri bukanlah sekadar makan dan minum serta bergembira. Aidilfitri adalah satu keraian dalam kejayaan menentang hawa nafsu semasa Ramadhan. Aidilfitri ialah hari di mana kita seharusnya menghitung sejauh mana kita berjaya melaksanakan ibadah dan tuntutan yang disuruh oleh Allah SWT. Aidilfitri juga seharunya mengajar kita berterima kasih dengan nikmat dan rahmat yang Maha Esa..Sama-sama kita menyambut Aidilfitri ini dengan penuh rasa Insaf dan Kesyukuran pada Allah SWT... Semoga kita Ramadhan yang lalu mengajar kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.
Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang tingkah laku kami atau layanan kami yang mungkin mengguris hati dan perasaan semasa kita berurusan.. selaku manusia biasa, kami tak pernah lepas dari melakukan kesilapan..Wasallam..Ikhlas dari:ChaM@CiDa
Tambahan pada entri yang terdahulu. Beberapa bekas silver serta holder yang sesuai bagi kegunaan pada dulang hantaran perkahwinan/pertunangan. Sekaligus menyerlahkan lagi barang-barang hantaran anda.

..dan juga bunga tangan dip dan kristal untuk sewaan..
Mencari penggubah hantaran?
Hubungi ChaM@CiDa
016 2328532/016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
Sebelum itu saya mohon maaf yang amat sangat kerana lama tak buat update atau posting terbaru dalam fotopages atau blog ini. Bulan 7 dan 8 nie memang boleh dikatakan sepanjang minggu ada saja tempahan bagi majlis perkahwinan yang kami terima. Di samping itu, 2 dari krew kami telah melanjutkan pelajaran ke IPTS.. dan kami mengucapkan ribuan tahniah serta ucapan selamat berjaya buat saudari Iqa dan juga Ain..
Ok.. seperti yang saya janjikan..bersama ini saya sertakan liputan saya mengenai minggu kerja kahwin dan kraf yang berlangsung di Karyaneka tempoh hari.. Piahk kami telah ditawarkan booth yang agak hampir dengan pintu masuk utama.. Di bawah ini adalah gambaran booth pameran di mana DjariArtz ditempatkan..

Sebenarnya kami tak bersedia sgt dari segi material pameran serta alat-alatan kraf kerana sangat sibuk sepanjang Jun-Julai serta kesihatan saya yang kurang mengizinkan utk saya merancang sesuatu.. Namun pada hari pertama, pihak KARYANEKA telah mengingatkan kami bahawa booth kami adalah laluan utama bagi Datin Seri yang akan merasmikan pelancaran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini. Oleh yang sedemikian, kami terpaksa berusaha dalam mewujudkan material persembahan dan pameran bagi hari perasmian tersebut. Hasilnya.. jeli buahan buatan kami mendapat sambutan yang sangat baik dari pengunjung sehinggakan Datin seri sendiri ingin mencuba utk merasakan keenakan rasanya...

Penyertaan sulung DjariArtz pada pameran ini banyak memberi pengalaman baru kepada kami di samping mengenalkan kami dengan `player-player' yang sudah ada nama dan terdahulu dalam industri ini sebelum kami. Ada di antara mereka yang tak lokek dalam berkongsi rahsia perniagaan, tips serta panduan dan nasihat dalam menjalankan perniagaan perkahwinan ini. Selain dari itu, DjariArtz dapat didedahkan dengan rekaan terkini, fesyen dan produk-produk yang terbaru dan trend serta gaya semasa. Di bawah ini kami sertakan beberapa produk-produk dari para peserta Minggu Kerja Kahwin dan Kraf 2008 ini.

Di samping itu, terdapat koleksi bunga-bunga dip hasil dari mereka yang telah lama berkecimpung dalam seni gubahan bunga dip dan setokin ini.. Rekaan bunga yang halus dan teliti buatan kerja tangannya menyerlahkan bahawa beliau adalah antara salah seorang pembuat bunga dip yang telah lama berkecimpung dalam arena ini.

Pihak penganjur juga harus diberikan kredit dalam penganjuran Minggu Kerja Kahwin dan Kraf ini. Ini adalah kerana ia bertembung dengan pameran perkahwinan yang berlangsung di Mid Valley pada 4th hingga 7th Julai 2008. Pelbagai acara diadakan bagi menarik minat pengunjung serta menggamatkan lagi pusat pameran. Djariartz juga cuba mencuba nasib mencuri-curi masa lapang yang ada dalam gubahan kipas pengantn dan gubahan bunga tangan. Tuah menyebelahi kami apabila gubahan bunga tangan berjaya menag tempat pertama walaupun dalam keadaan material yang tidak mencukupi...

Kesimpulannya, Minggu Kerja Kahwin dan Kraf Malaysia 2008 ini boleh dikatakan berjaya menerusi bilangan kunjungan yang kami jangkakan setiap hari purata dalam 400-500 pada hari biasa dan menjangkau 3000-5000 orang pada hari cuti. Memperlihatkan trend minat orang ramai utk datang pada hari kerja ialah pada selepas waktu kerja, kami berharap agar pihak Karyaneka dapat memikirkan sesuatu di masa hadapan utk melanjutkan waktu sehingga jam 9.00 malam. Di samping sokongan kuat dari pihak KEKWA, dijangkakan Minggu kerja Kahwin dan Kraf di masa hadapan akan lebih berjaya lagi menarik pengujung luar dan dalam negeri.
Selain itu, di masa hadapan DjariArtz berazam utk beroleh 3 booth pada masa hadapan utk pameran katering, gubahan serta dekorasi.. supaya boleh dilihat seiring dengan mereka yang telah lama bergiat dalam indistri ini. Tak lupa ucapan terima kasih kami kepada senior2 industri ini seperti Kak Irma dari Bayu Wedding, Kak Ida dari Galeri Debunga, Butik Quaresma, Untie Kerry, Kak Nad PCM dan ramai lagi kerana sudi berkongsi pengalaman mengenai industri ini dengan kami.
Perlukan Perancang Perkahwinan?
Sila hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com