Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Friday, September 26, 2008

| |

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

,
Kami di Djari Artz ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI pada semua pelanggan-pelanggan kami khasnya, juga buat rakan-rakan yang sering mengikuti perkembangan kami dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami.. Kami berharap agar Aidilfitri tahun ini adalah sesuatu yang paling bermakna buat anda sekalian.

Berhati-hati memandu pulang ke desa dan berayalah secara sederhana tetapi meriah. Bermohon maaf serta jenguklah saudara mara yang kita jarang temui dan beramah mesralah pada hari tersebut..Jangan dilupa juga pada yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan..

Tidak dinafikan sedikit sebanyak kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga petrol yang lalu sedikit sebanyak telah menjejaskan kuasa beli kita. Namun Aidilfitri bukanlah sekadar makan dan minum serta bergembira. Aidilfitri adalah satu keraian dalam kejayaan menentang hawa nafsu semasa Ramadhan. Aidilfitri ialah hari di mana kita seharusnya menghitung sejauh mana kita berjaya melaksanakan ibadah dan tuntutan yang disuruh oleh Allah SWT. Aidilfitri juga seharunya mengajar kita berterima kasih dengan nikmat dan rahmat yang Maha Esa..

Sama-sama kita menyambut Aidilfitri ini dengan penuh rasa Insaf dan Kesyukuran pada Allah SWT... Semoga kita Ramadhan yang lalu mengajar kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.

Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang tingkah laku kami atau layanan kami yang mungkin mengguris hati dan perasaan semasa kita berurusan.. selaku manusia biasa, kami tak pernah lepas dari melakukan kesilapan..


Wasallam..

Ikhlas dari:
ChaM@CiDa
www.tips-fb.com