Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Monday, June 23, 2008

| |

KOLEKSI HANTARAN-Ungu

Antara warna-warna tema yang sering menjadi kegemaran bagi para pengantin dewasa in adalah ungu.. Boleh di katakan di antara 5warna kegemaran (berdasarkan pengalaman Djariartz) iaitu warna hijau epal, lilac, gold, silver dan ungu..

Namun sesuatu gubahan menggunakan warna ungu boleh bertukar menjadi sedikit `moody' atau malap sekiranya kombinasi warna yang dilakukan tidak tepat. Dicadangkan supaya penggunaan warna ungu disertai dengan penggunaan sedikit warna-warna kontras bagi menaikkan `mood' sesuatu gubahan tersebut..

Berminat utk ungu bagi tema hantaran anda?

Hubungi Cham@CiDa

016 232 8532 / 016 905 8532

Email: djariartz@yahoo.com

www.tips-fb.com

Wednesday, June 18, 2008

| |

ALBUM BLOG- JALAN MELATI 5

Melihat tajuk entri yang agak ganjil ini mesti membuat anda tertanya-tanya.. Sebenarnya ia berlaku secara kebetulan. Pihak kami tidak menyedari bahawa kami mempunyai 2 tempahan pada satu kawasan (di Jalan Melati 5) dalam masa seminggu.. di mana selang 3-4 buah rumah selepas rumah yang sebelumnya.


Djari Artz hanya menyedarinya apa bila membuat survey kawasan 3 minggu sebelum majlis berlangsung... Sekaligus adalah cabaran bagi kami kerana sesuatu majlis yang berdekatan serta pada masa yang hampir sama pasti akan dibuat perbandingan secara langsung atau tidak langsung..Djari Artz mencuba sedaya upaya dalam mengekalkan kualiti servis serta mutu makanaan supaya tidak timbul soal atau `cakap-cakap' tentang kelainan di antara satu tuan rumah dengan satu tuan rumah yang lain.



Alhamdulillah, pada 25hb Mei dan 31 Mei yang lalu, semuanya berjalan dengan lancar dan baik..Dengan suasana majlis yang berlangsung di laman rumah yang terjaga, para hadirin dapat menikmati juadah yang disediakan seperti dalam taman. Kami dapati tuan rumah juga mempunyai ramai kenalan dari kalangan selebriti yang juga turut hadir memeriahkan majlis..

Kami di sini merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina serta suami dan keluarga (25hb Mei) serta Puan Ros dan suami serta keluarga (31hb Mei) atas kepercayaan mereka memberi peluang pada Djari Artz dalam mengendalikan majlis mereka.

Mencari perancang hari perkahwinan anda?
Hubungi kami...
ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532


www.tips-fb.com

Friday, June 13, 2008

| |

ENTRI AKAN DATANG.. Minggu hadapan

Kami di DjariArtz amat berterima kasih pada pengunjung-pengunjung blog serta fotopages kami. Untuk itu, pada minggu hadapan kami akan menyiarkan beberapa liputan majlis perkahwinan-Wedding Stories @Jalan Melati 5..., item-item terbaru, idea serta gubahan dekorasi serta hantaran dan lain-lain lagi.

(petikan gambar bagi entri minggu hadapan....)

Kami menerima banyak feedback-feedback yang baik dari para pengunjung tentang cara pengendalian blog dan laman fotopages kami.. Semua komen-komen serta teguran yang membina itu kami anggap sebagai satu cara kami bagi mempertingkatkan lagi kualiti kerja serta kepuasan hati para pelanggan kami.. Bagi para pelanggan kami yang tak jemu-jemu mmeberi sokongan dan galakan serta mempromosikan kami kepada kenalan-kenalan mereka, DjariArtz mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua..

Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan budi anda semua.. wssalam..

www.tips-fb.com

Thursday, June 12, 2008

| |

CuTE vs ChaRMinG-Flower Boy n Gal

Sebuah majlis perkahwinan akan terasa lebih bermakna dengan telatah lucu dan keletah kanak-kanak pembawa bunga .. pembuka jalan dan laluan bagi pasangan pengantin menuju ke pelamin khas mereka..

(klik gambar di bawah bagi tujuan pembesaran)


Djari Artz juga menyediakan pakaian serta aksesori khas buat mereka untuk kelihatan segak dan kacak serta bergaya semasa beraksi di hari perkahwinan tersebut. Boleh didapati dalam 4 jenis rekaan baju (2 lelaki dan 2 perempuan-lengkap dengan aksesori) disewakan pada kadar yang paling istimewa.

Berminat Utk Hari Perkahwinan Anda?
Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Tuesday, June 10, 2008

| |

KREATIF DAN DEKO-Hiasan Kereta Pengantin

Hiasan kereta berhias buat pasangan raja sehari. Majlis pasti akan bertambah dengan adanya satu kenderaan khas lengkap dengan hiasan bagi kegunaan pasangan raja sehari. Pelbagai rekabentuk dan hiasan yang kami tawarkan bagi hiasan kereta bergantung pada bajet dan pilihan para pelanggan.

(klik utk gambar di bawah utk pembesaran)


Kereta pengantin ini dihiasi dengan sepasang patung beruang dengan hiasan renda dan riben mengikut warna dan tema yang dikehendaki.

Berminat utk hiasan kereta pengantin?
Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

ALBUM BLOG- Majlis Pertunangan Kak Atie

Pada 25hb Mei yang lalu, Djari Artz telah diundang ke Melaka bagi menghadiri satu majlis pertunangan. Kak Atie ini merupakan kakak saudara yang rapat dengan CiDa. Malangnya tarikh tersebut telah bertembung dengan majlis perkahwinan yang kami kendalikan pada hari yang sama. Maka, di sini disertakan beberapa gambar diterima bagi majlis pertunangan tersebut.


Majlis pertunangan ini juga mendapat kejutan istimewa dan tidak dirancang dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka YBhg Dato' Seri Ali Rustam yang secara kebetulan hadir menerima undangan bagi satu majlis perkahwinan di kawasan yang berdekatan. Kehadiran beliau telah menimbulkan kegembiraan pada keluarga ini atas kesudian YBhg hadir singgah serta duduk minum petang semeja dan bermesra dengan para tetamu-tetamu yang lain. Kesederhanaan dan sikap ramah beliau untuk turut serta di dalam suatu majlis yang sederhana tanpa apa-apa protokol VIP adalah amat kami hargai dan sanjungi.



Adalah diharap majlis ini akan menjadi satu kenangan manis buat Kak Atie dan keluarga.. kami mendoakan agar pasangan kekal bersama sehingga ke akhirnya..
www.tips-fb.com