Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Friday, September 26, 2008

| |

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

,
Kami di Djari Artz ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI pada semua pelanggan-pelanggan kami khasnya, juga buat rakan-rakan yang sering mengikuti perkembangan kami dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kami.. Kami berharap agar Aidilfitri tahun ini adalah sesuatu yang paling bermakna buat anda sekalian.

Berhati-hati memandu pulang ke desa dan berayalah secara sederhana tetapi meriah. Bermohon maaf serta jenguklah saudara mara yang kita jarang temui dan beramah mesralah pada hari tersebut..Jangan dilupa juga pada yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan..

Tidak dinafikan sedikit sebanyak kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga petrol yang lalu sedikit sebanyak telah menjejaskan kuasa beli kita. Namun Aidilfitri bukanlah sekadar makan dan minum serta bergembira. Aidilfitri adalah satu keraian dalam kejayaan menentang hawa nafsu semasa Ramadhan. Aidilfitri ialah hari di mana kita seharusnya menghitung sejauh mana kita berjaya melaksanakan ibadah dan tuntutan yang disuruh oleh Allah SWT. Aidilfitri juga seharunya mengajar kita berterima kasih dengan nikmat dan rahmat yang Maha Esa..

Sama-sama kita menyambut Aidilfitri ini dengan penuh rasa Insaf dan Kesyukuran pada Allah SWT... Semoga kita Ramadhan yang lalu mengajar kita menjadi insan yang lebih baik dari hari ini.

Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang tingkah laku kami atau layanan kami yang mungkin mengguris hati dan perasaan semasa kita berurusan.. selaku manusia biasa, kami tak pernah lepas dari melakukan kesilapan..


Wasallam..

Ikhlas dari:
ChaM@CiDa
www.tips-fb.com

Sunday, September 21, 2008

| |

WEDDING PLANNER-Siti dan Zaiham-Ogos 2008

Siapa kata majlis perkahwinan di kampung tidak boleh menjadi seindah dan semeriah apa yang diimpikan..DJARIARTZ berpeluang untuk merancang sebuah majlis perkahwinan di Negeri Sembilan.. Tetap dengan imej tradisional dan mengikut adat N.Sembilan, turut juga menerapkan unsur-unsur English kotemperari pada beberapa sudut yang bersesuaian..

Apa yang menarik hati kami adalah merasai bagaimana kerja-kerja gotong royong dilakukan oleh komuniti kampung bagi menjayakan majlis tersebut.. Sesuatu yang makin pudar dari masyarakat kita pada hari ini...
satu pengalaman baru buat kami..



gubahan hantaran..





hari majlis pernikahan dan persandingan...
pasangan pengantin memilih rona warna jingga dan putih krim bagi tema hari bersejarah mereka..







Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga buat warnadigital.com dan jurugambar bebas Cik Iqa dalam kerja-kerja fotografi serta memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis ini.


Mencari perancang perkahwinan?
Hubungi ChaM@CiDa
016 2328532/016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com

Koleksi Hantaran dan Gubahan Ogos-September 2008

Berikut kami sertakan beberapa gubahan, deko dan hantaran untuk pelanggan kami sepanjang bulan Ogos-September yang lalu..

Bunga Dulang Dip dan VIP gifts




Sireh Junjung, Aksesori dan Lain-lain...


dan banyak lagi....akan diupdate dalam post ini...

Mencari penggubah hantaran?
Hubungi ChaM@CiDa
016 2328532/016 905 8532
Email: djariartz@yahoo.com
www.tips-fb.com