Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About DJariArtz

DJariArtz menyediakan Perkhidmatan Perancang Perkahwinan, Dekorasi Hantaran, Katering dan Kanopi. Hubungi CiDa@ChaM 016 905 8532 / 016 232 8532 atau Email di djariartz@yahoo.com

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Thursday, June 5, 2008

| |

PENGUMUMAN: Semakan Harga Bagi Pakej-pakej Perkahwinan

Assalamualaikum.. pengumunan saya mengenai semakan harga pakej bagi 3 pakej di bawah rupa-rupanya mendapat reaksi yang pelbagai-bagai dari para pelanggan kami.

1. Pakej Perkahwinan dan Pertunangan
2. Pakej Katering
3. Pakej Perancang Perkahwinan (Wedding Planner)

Hakikatnya, kami tidak menghentikan sama sekali, hanya semakan semula sahaja sementara cuba memahami dan menilai kesan kenaikan harga petrol oleh kerajaan baru-baru ini. Pakej sedia ada masih lagi boleh digunakan, namun mungkin sedikit pertambahan caj (surcaj) akan dikenakan terutamnya yang melibatkan penggunaan kenderaan sewa seeprti lori dan sebagainya.

Untuk pelanggan-pelanggan kami, kami berharap semakan harga ini tidak akan menjejaskan sokongan anda semua kepada kami. Kami akan berusaha dalam mencari jalan untuk meminimakan kos kenaikan serta meiningkatkan nilai belian anda dalam kadar yang kami mampu beri.

Terima kasih... wassalam..
www.tips-fb.com

Gubahan Hantaran-Gubahan Bunga Ros Segar dengan Bekas Eksklusif Berwarna `Silver'

Satu lagi gubahan hantaran bagi Mei ini. Konsepnya ialah ros segar merah dan cream.. menggunakan bekas silver terbaru kami. Bekas ini sesuai bagi diletakkan baju, alat solek, jam, dan keperluan barangan diri. Bagi Al-Quran pula, kami mempunyai bekas khas yang diperbuat dari kayu dan sesuai biasan bagi dulang hantaran..

(klik gambar dibawah bagi pemsesaran)


Bunga ros import ini mungkin sedikit mahal harganya namun pelanggan pasti akan merasa puas hati apabila bunga yang dipilih terjaga kudupnya dan kesegarannya sedikit bertahan lama dari bunga tempatan. Walau bagaimana pun, kami akan tetap melayani dengan saksama apa jua pilihan anda..

Gubahan hari pertunangan/perkahwinan anda..
Hubungi ChaM@CiDa
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Tuesday, June 3, 2008

| |

Cenderahati Tetamu-Bekas Telur Buluh Berhias dengan Sarang Rumput Tiruan

Bekas telur dari buluh ini direka hias bagi kelihatan klasik dan menampilkan ciri-ciri tempatan. Pemilihan riben kertas `earth color' dan warna semula jadi buluh adalah ciri utama bekas ini. Dengan dihiasi dengan kulit kayu manis yang terpilih, di bahagian dalamnya juga turut disertakan rumput tiruan bagi mengelilingi telur rebus tersebut.

(klik bagi gambar yang lebih besar)


Djari Artz mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairina kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada kami dalam menyiapkan cenderahati-cenderahati bagi tetamu dan juga bagi tetamu istimewa mereka pada majlis perkahwinan yang diadakan pada 25hb Mei yang lalu.

Berminat utk hari istimewa anda
Hubungi ChaM@CiDa
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Monday, June 2, 2008

| |

Gubahan Hantaran:- Dulang Perak Bunga Emas

Dulang perak bunga emas adalah antara produk yang mendapat sambutan baik dari mereka yang inginkan kelainan pada dulang gubahan hantaran mereka. Dulang perak ini disertakan sekali dengan jaluran bunga dan dedaun emas yang fleksibel dan boleh di lenturkan dengan mudah. Dulang jenis ini juga boleh diintergerasikan dengan bunga gulang jenis dip/setokin ataupun bunga segar mengikut kesesuaian dan konsep yang dikehendaki.

(klik gambar di bawah bagi tujuan pembesaran)


Dulang ini boleh didapati dan dilihat di galeri dan ianya adalah untuk sewaan.. So.. jangan ketinggalan..

Berminat bagi hari bahagia anda?
Hubungi ChaM@CiDa
016 232 8532 / 016 905 8532
www.tips-fb.com

Sireh Junjung 2

Berikut disertakan beberapa gubahan sireh junjung bagi sepanjang Mei ini. Diharap dapat membantu serta memberi idea ada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga kelak..

(klik gambar di bawah bagi pembesaran)


DjariArtz mendapati kebanyakkan pelanggan pada masa kini amat gemar kepada bunga ros import. Harganya sedikit mahal tetapi kualitinya amat terjamin serta terjaga dengan baik. Biasanya bunga ros import mampu bertahan sedikit lama dari ros tempatan.

Untuk tempahan sireh junjung;
hubungi CiDa@ChaM
016 905 8532 / 016 232 8532
www.tips-fb.com

Pelamin Bunga Segar Nusantara 2

Bagi yg biasa mengikuti fotopages kami, tentunya telah melihat pelamin utk pernikahan konsep nusantara kami yang terdahulu. Berikut, kami paparkan pelamin nusantara 2 bagi tujuan persandingan. Mengekalkan konsep yang sama, platform pelamin ini diperbesarkan sedikit bagi memuatkan 4 orang pada suatu masa.

(klik gambar dibawah bagi gambar yang lebih besar)


Dengan sentuhan kreatif elemen-elemen bali dengan sedikit percikan unsur-unsur etnik dan moden, pelamin ini mencuri perhatian ramai serta menerima banyak pertanyaan mengenai produk ini.

Berminat mendapatkan pelamin bagi hari persandingan anda;
Hubungi kami ChaM@CiDa
016 232 8532 /016 905 8532
www.tips-fb.com